Latihan BM 2 (Pemahaman / Kemahiran Berbahasa)


LATIHAN PEMAHAMAN

Baca Petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut:

      Iskandar tinggal di Kampung Gubah. Rumahnya terletak di tepi sungai. Nama sungai itu Sungai Kapih.
      Pada suatu pagi, Iskandar berjalan-jalan di tepi sungai itu. Arus sungai lebih deras daripada biasa kerana hujan lebat pagi tadi. Tiba-tiba Iskandar terdengar orang menjerit. Tolong! Tolong! Iskandar terperanjat. Seorang budak sedang dihanyutkan oleh air yang deras itu. Iskandar ternampak sebatang galah yang tersandar di pohon rambutan. Dia pun mengambil galah tersebut dan menghulurkannya kepada budak itu. Budak itu berjaya memegang galah tersebut. Iskandar pun segera menarik galah itu. Akhirnya budak itu sampai ke tepi sungai dan dapat diselamatkan. 

1. Di manakah Iskandar tinggal ?
    ____________________________________________________
2. Apakah nama sungai yang mengalir dekat dengan rumah Iskandar ?
    ____________________________________________________
3. Mengapakah arus sungai itu lebih deras daripada biasa ?
    ____________________________________________________
4. Apakah Iskandar terdengar ?
    ____________________________________________________
5. Di manakah batang galah itu tersandar ?
    _________________________________________


LATIHAN KEMAHIRAN BERBAHASA

Kelaskan makanan berikut mengikut kumpulan:

aiskrim
roti
tomato
susu
gula-gula
coklat
 Makanan Berkhasiat
Makanan Tidak Berkhasiat
1. 1.
2. 2.
3. 3.